Wednesday, 21 May 2014
Cahaya Khidir A.S
Assalamualikum w.b.t. Moga para pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera begitu juga dengan insan-insan yang tersayang. Ayah, ibu, abang, kakak, adik, isteri, suami.... senang cakap semua sekali lah, harap-harap hidup dan mati kita diredhai oleh Allah S.W.T.
Alhamdulillah, hari saya ada masa untuk letak post baru setelah agak lama BERHENTI sebab sibuk dengan komitmen-komitmen yang lain. Baik... untuk hari ni saya nak bercerita sedikit tetang kisah Nabi Khidir A.S yang sememangnya terkenal kisahnya bersama dengan Nabi Musa A.S.
Cerita kedua-dua nabi ini disebutkan didalam Surah Al-Kahfi dari ayat 60-82 (Boleh Rujuk Sekarang), dan akhirnya mereka berdua dipertemukan di suatu tempat yang bertemunya dua lautan. Perjalanan yang ditempuh oleh Nabi Musa A.S dan anak murid yang paling dipercayainya, bernama Yusya' bin Nun bukanlah perjalanan yang mudah kerana banyak dugaan yang ditempuh. Disini dipaparkan ketekunan Nabi Musa A.S dalam mencari ilmu malah ada yang mengatakan pencarian Nabi Musa itu mencapai 80 tahun (Kitab Ibrathul lil Mukminin m/s 737).
Sebenarnya masih banyak dan panjang cerita tentang Nabi Khidir dan saya tak mampu menceritakan semuanya di sini dan hari ni, jadi saya rasa saya nak menyampaikan hadis dan kelebihan Nabi Khidir terlebih dahulu.
Nama Dan Kelebihan Nabi Khidir AS
Sesetengah orang memanggilnya Khadir, al-Khadir atau al-Khidir. Ini hanyalah satu gelaran yang sering disebut orang dan diidentitikan dengan nama Allah SWT yang menyerupai malaikat.
Ibnu Asakir dan sahabat-sahabatnya meriwayatkan dari Mujahid, bahawa beliau digelar dengan "Khidir" kerana perubahan warna di sekitarnya menjadi kehijauan apabila beliau solat di suatu tempat.
Sahabat Nabi Muhammad SAW, Ikrimah RA, meriwayatkan sama dengan Ibnu Abi Hatim. Ikrimah berkata."Dia digelar Khidir, kerana apabila beliau duduk di suatu tempat maka cahaya di sekitar tempat itu berubah menjadi kehijauan. Mungkin kerana pakaiannya yang bewarna hijau."
As-Sayyid berkata: " Apabila Nabi Khidir berdiri di atas tanah yang gersang di mana kakinya berpijak maka akan ditumbuhi dengan rumput sehingga menutupi kedua tapak kakinya. Itu terjadi kerana kebaikan peribadinya."
Penjelasan tersebut juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah SAW bahawa jika Khidir duduk di atas tumpukan jerami yang telah kering maka jerami tersebut akan menjadi hijau kembali. (Rujuk Fath al-Baari, juzuk 6, m/s 30)
Imam Bukhari menceritakan, Muhammad bin Sa'id Al-Ishbahani memberitahhu kami, Ibnu Mubarak memberitahu kami, daripada Mu'amar, daripada Hammam, daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah SAW baginda bersabda," Diberi nama Khidir kerana dia duduk di atas bulu binatang yang bewarna putih, tiba-tiba bulu itu bergerak-gerak dari belakangnya dengan warna khadra' (hijau)."
Hadis ini diriwayatkan sendiri oleh Imam Bukhari yang juga diriwayatkan oleh Abdul Razak daripada Mu'ammar. (Rujuk Kitab Ibrathul lil Mukminin m/s 733).
Seterusnya Abdul Razak mengatakan, kata farwah bererti rumput bewarna putih. Al-Khuthabi mengemukakan, Abu Umar mengatakan, "Farwah bererti tanah yang tidak tumbuh padanya tumbuh-tumbuhan."
Al-Khuthabi mengatakan, "Diberi nama Khidir, kerana ketampanan dan kecerahan wajahnya."
Itulah serba sedikit yang dapat saya sampaikan pada kali ini. Sebenarnya nak cerita lagi tapi kalau panjang berjela orang malas nak baca pulak. Maklumlah manusia itu mudah jemu, jadi kalau saya cerita panjang-panjang akan ada yang terlepas belajar benda baru.
Saya rasa setakat itu saja untuk kali ini, yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri atas izin Allah juga. Assalamualaikum w.b.t.
Friday, 25 April 2014
Dari Mimpi
Assalamualikum w.b.t. Moga para pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera begitu juga dengan insan-insan yang dikasihi.
Hari ni saya tak nak cakap banyak jadi saya nak terus cerita tentang seorang lagi tokoh penyair di zaman Rasulullah s.a.w. yakni Hassan bin Tsabit.
Rasulullah saw seringkali memuji karya-karya Hassan bin Tsabit. Karena dengan syairnya, Hassan membela Rasulullah saw dan menangkis hinaan dan celaan orang-orang Quraisy. Bagi orang-orang Quraisy sendiri syair Hassan ibarat tombak yang merobek tabir aib dan cacat mereka sehingga mereka pun terdiam membisu tidak mampu menjawab.
Hassan bin Tsabit al-Anshari merupakan seorang sahabat yang berumur panjang, setengah umurnya dia habiskan pada masa jahiliyah dan setengah lagi dia jalani bersama Islam. Hassan adalah salah seorang penyair Arab teguh pada masanya, setelah dia masuk Islam dia menggunakan syairnya untuk kepentingan Islam dan membela Rasulullah saw dari celaan musuh-musuh baginda, sehingga baginda bersabda, “Balaslah hinaan mereka, ya Allah dukunglah dia dengan Ruhul Qudus.” Hassan wafat tahun 54 H.
Imam Muslim dalam kitab Fadhail Ashhab al-Nabi, Bab Fadhlu Hassan Ibn Tsabit meriwayatkan dari Aisyah bahwa Rasulullah saw bersabda, “Kritiklah orang-orang Quraisy kerana ia lebih berat bagi mereka daripada lemparan anak panah.”
Nabi saw mengundang Ibnu Rawahah, baginda bersabda, “Kritiklah mereka.” Lalu Ibnu Rawahah melakukan tetapi tidak memuaskan Rasulullah saw. Kemudian Rasulullah s.a.w meminta Kaab bin Malik, namun Rasul pun belum merasa puas. Maka datanglah Hassan bin Tsabit, Rasulullah pun berkata, “Saatnya bagi kalian mengutus kepada singa yang memukul dengan ekornya ini.” Hassan pun termenung sejenak mencari inspirasi, tak lama kemudian lidahnya bergerak dan dia berkata, “Demi dzat yang mengutusmu dengan kebenaran, aku akan mencincang mereka dengan lisanku seperti kulit yang dicincang.”
Rasulullah saw bersabda, “Jangan terburu-buru, Abu Bakar adalah orang Quraisy yang paling mengetahui nasab Quraisy, nasabku berasal dari mereka, biarkan Abu Bakar menjelaskan nasabku kepadamu.” Lalu Hassan datang kepada Abu Bakar, kemudian dia kembali dan berkata, “Ya Rasulullah, dia telah menjelaskan nasabmu kepadaku, demi Dzat yang mengutusmu dengan kebenaran, aku akan mengeluarkanmu dari mereka seperti sehelai rambut yang dikeluarkan dari adonan.” Aisyah berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda kepada Hassan, “Sesungguhnya Ruhul Qudus selalu mendukungmu selama kamu membela Allah dan rasulNya.” Aisyah berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda, “Hassan mengkritik mereka dan mereka terdiam tanpa mampu membalas.” Hassan berkata,
Kamu menghina Muhammad maka aku membelanya
Dan di sisi Allah-lah balasan dari semua itu
Kamu menghina Muhammad yang baik lagi bertakwa
Seorang utusan Allah yang selalu menepati janji
Sesungguhnya bapakku, ibuku dan kehormatanku
Adalah pelindung bagi kehormatan Muhammad dari kalian
Aku kehilangan anak perempuanku jika kalian tidak melihat
Kuda-kuda kami mengepulkan debu di dataran Kada`
Kuda-kuda itu terbang berlomba dengan tali kekangnya
Dengan tombak haus darah yang terhunus di balik lehernya
Kuda-kuda kami terus berpacu dengan kencang
Membuat para wanita mengibaskan debu dari kerudung mereka
Jika mereka membiarkan maka kami berumrah
Dan itulah kemenangan serta tersingkapnya tabir
Jika tidak maka hadapilah peperangan suatu hari
Di mana Allah akan memuliakan siapa yang Dia kehendaki
Allah berfirman, Aku telah mengutus seorang hamba
Yang berkata benar tanpa ada kesamaran
Allah berfirman, Aku telah mengirim pasukan
Orang-orang Anshar yang terbiasa berperang
Apakah orang yang menghina Rasulullah dari kalian
Dengan orang yang memuji dan menolongnya adalah sama
Jibril Utusan Allah ada di pihak kami
Ruhul Qudus yang tidak memilki tandingan.
# Ruhul Qudus di sini ialah Roh Kudus/Suci (bahasa Inggeris; Holy Spirit; bahasa Ibrani: רוח הקודש; bahasa Arab: الروح القدس), kadangkala dirujuk juga sebagai Holy Ghost, adalah makhluk suci yang telah disebutkan di dalam seluruh Agama Ibrahim yakni Islam, Agama Yahudi dan Kristian.
Dalam Islam, Ruhul Qudus menandakan adalah nama lain untuk merujuk kepada Malaikat Jibril a.s., (yang sudah diketahui sebagai ketua kepada seluruh para Malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk menyampaikan wahyu-Nya kepada semua Rasul dan Nabi. Ruhul Qudus juga merupakan Malaikat yang menyampaikan Pemberitahuan kepada Maryam (ibu Nabi Isa) dan juga menyampaikan Al-Quran kepada Nabi Muhammad dalam Gua Hira, Makkah.
Al-Quran telah merujuk Malaikat Jibril kepada dua bentuk nama, dengan menggunakan “Roh” sebagai penunjuk ataupun penanda.
Saya rasa setakat itu saja untuk kali ini, yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri atas izin Allah juga.
Assalamualaikum w.b.t.
Senyum selalu moga2 bermanfaat :)
Tuesday, 15 April 2014
Titisan Tinta
Assalamualikum w.b.t. Moga para pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera begitu juga dengan orang di sekeliling.
Alhamdulillah hari ini saya diberikan kesempatan untuk menulis kerana adanya masa dan ruang. Hari ini saya ingin menceritakan kisah seorang lagi sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
SALAH seorang daripada tiga penyair Rasulullah SAW adalah Abu Abdillah atau nama lengkapnya Kaâb bin Malik bin Amr bin Qain Al-Anshari As-Salami Al-Khazraji. Beliau termasuk salah seorang penyair terkemuka Rasulullah SAW.
Mengenai syairnya, Rasulullah SAW pernah mengatakan kepada Kaâb: Kamu benar-benar memiliki syair yang sangat bagus, dan Sungguh syairmu ini lebih dahsyat daripada tikaman anak panah.
Tatkala turunnya firman Allah SWT dalam surah Al-Syuâra, ayat 224 yang bermaksud: Dan ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat- tidak berketentuan hala. Menyedari akan perkara itu, maka Kaâb dengan segera menemui Rasulullah SAW dan bertekad untuk berhenti melantunkan syair kerana takut akan kesalahan syairnya mengenai kebenaran sirah Rasulullah SAW.
Lalu Rasulullah SAW mengatakan kepadanya: Seorang mukmin itu dapat berjuang dengan pedang dan lisannya.
Turunnya firman Allah SWT (Al-Syuâra ayat 224) ini adalah kerana menerangkan perbezaan di antara Rasulullah SAW yang benar serta mendapat wahi Allah SWT dan ayat-ayat sambungan daripada surah tersebut bahawa al-Quran bukanlah syair dan Baginda yang menyampaikan bukanlah sebagai seorang penyair sebagaimana dituduh oleh kaum kafir musyrik kerana lazimnya penyair-penyair tidak berasaskan kebenaran dan mereka menjadi ikutan bagi orang-orang yang sesat.
Walau bagaimanapun, pada ayat 227 surah Al-Syuâra menerangkan bahawa bukan semua syair dan ahli-ahli penyair itu keji, bahkan ada di antaranya yang terpuji dan diredai Allah SWT iaitu syair-syair yang dicipta oleh penyair yang beriman dan bertakwa serta berdasarkan kebenaran Rasulullah SAW, kebenaran Islam dan hidayah petunjuk-Nya sebagaimana penyair-penyair Islam di zaman Rasulullah SAW.
Antara yang pernah mendengar syair Kaab bin Malik adalah Ibnu Sirin yang mengatakan; Aku pernah mendengar berita bahawa kabilah Dus masuk Islam kerana takut dengan ucapan Kaab dalam bait syairnya yang berbunyi: Kami telah membinasakan penduduk Tahamah dan Khaibar. Kemudian kami kumpulkan semua pedang (senjata) milik mereka.
Kami bertanya kepada pedang-pedang itu, seandainya pedang-pedang itu dapat berbicara, maka mereka menjawab akan menebas leher orang-orang Dus dan Tsaqif.
Semasa perang Uhud, Kaâb bin Malik mengenakan perisai milik Rasulullah SAW yang berwarna kuning. Kaâb bin Malik terkena sebelas luka sewaktu mempertahankan Islam.
Kaab bin Malik juga pernah mengikuti perjanjian Baâit Aqabah II bersama orang-orang Ansar dan Rasulullah SAW mempersaudarakannya dengan Thalhah bin Abdullah.
Itulah serba sedikit yang dapat saya sampaikan pada kali ini. Saya rasa setakat itu saja yang baik datang dari Allah dan yang kurang baik datang dari kekhilafan diri saya sendiri atas izin Allah juga. Assalamualaikum w.b.t.
Friday, 11 April 2014
Di Langit yang Berdiri
Assalamualikum w.b.t. Moga para pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera begitu juga dengan orang di sekeliling.
Alhamdulillah hari ni saya diberi masa yang lebih dan ada masa nak letak sajak yang baru ditulis. Mudah-mudahan sajak dan post saya kali ini dapat memberi manafaat kepada kita semua. Kalau tak banyak manfaatnya, sikit pun jadilah.
Di dalam surah Al-Furqan ayat 61dan 62, Allah berfirman:
Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan bintang-bintang dan Dia juga menjadikan padanya matahari dan bulan yang bersinar. (Al-Furqan 61)
Dan Dia juga yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau yang ingin bersyukur. (Al-Furqan 62)
Jadi berdasarkan kedua-dua ayat ini saya mendapat ilham untuk menulis sajak ini untuk dijadikan tanda penghormatan kepada Nabi Musa a.s, Nabi Muhammad s.a.w, dan juga kepada Imam As-Syafei yang dihormati. Selain itu sajak ini juga berasaskan tanda-tanda kelahiran Mereka yang disanjung.
Waktu kelahiran Nabi Musa a.s Firaun menguatkuasakan undang-undang supaya setiap bayi lelaki yang dilahirkan terus dibunuh. Tindakan itu diambil kerana dia sudah terpengaruh dengan ahli nujum yang mentafsirkan mimpinya. Firaun bermimpi Mesir terbakar dan penduduknya mati, melainkan kalangan Kaum Israel, sedangkan ahli nujum mengatakan kuasa negara itu akan jatuh ke tangan lelaki Kaum Israel. Disebabkan khuatir, dia memerintahkan setiap rumah digeledah dan jika terdapat bayi lelaki maka bay tersebut perlu dibunuh. Peristiwa ini merupakan sumber rujukan saya untuk menulis rangkap yang ketiga.
Untuk rangkap yang keempat pula saya mengambil kisah tanda-tanda kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Pada suatu malam, ketika Aminah masih mengandungkan Nabi dia bermimpi melihat bulan keluar dari perutnya. Kemudian bulan itu tawaf mengelilingi Kaabah. Jadi sumber ini saya jadikan asas untuk menulis rangkap yang berkenaan Nabi Muhammad s.a.w.
Pada rangkap yang terakhir, saya teringat akan kisah Ummu Habibah al-Uzdiyyah yakni ibu kepada Imam As-Syafei bermimpi melihat sebutir bintang keluar dari perutnya lalu naik ke langit. Kemudian bintang itu pecah lalu bertaburan jatuh ke bumi oleh sebab itu cahaya daripada bintang itu menjadikan muka bumi ini terang benderang. Keesokan harinya, Idris bin al-Abbas bin Uthman yakni bapa kepada Imam As-Syafei turut memberitahu bahawa dia juga mengalami mimpi yang hampir serupa. Idris berkata dia brmimpi melihat sebutir bintang putih berkilauan keluar dari perut isterinya lalu naik ke angkasa. Kemudian bintang itu jatuh ke bumi dan cahayanya menerangi segenap muka bumi. Melalui peristiwa inilah saya mendapat ilham untuk menulis.
Itulah serba sedikit yang dapat saya sampaikan pada kali ini malam pun dah lewat jadi saya nak berehat pulak. Saya rasa setakat itu saja untuk kali ini, yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri atas izin Allah juga. Assalamualaikum w.b.t.
Senyum selalu :)
Friday, 4 April 2014
Hembusan Rahmat
Assalamualikum w.b.t. Moga para pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera begitu juga dengan insan-insan yang tersayang.
Hari ini saya ingin menceritakan kisah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang mempunyai ilmu dalam bidang keseniaan atau lebih tepat lagi dalam bidang syair. Sahabat ini merupakan seorang yang terkenal pada zaman itu dengan syair-syairnya yang bermutu tinggi, sahabat ini ialah Tufail bin Amru.
Tufail bin Amru adalah seorang penyair dan pemimpin Qabilah Ad Dausi di Yaman. Beliau datang ke Mekah pada tahun kesebelas kenabian. Ketibaannya disambut dengan penuh hormat oleh penduduk Mekah. Beliau sangat disegani oleh kaumnya dan disebabkan pengaruhnya itu, pihak Musyrikin Mekah bimbang seandainya beliau tertarik pada Islam. Oleh itu mereka telah merancang agar Tufail tidak mendengar apa-apa sahaja yang disampaikan oleh Rasulullah.
Mereka berkata kepadanya:
“Engkau datang ke negeri kami, berwaspadalah terhadap seorang lelaki di kalangan kami. Dia menjadi masalah kepada kami. Dia telah memecah-belahkan masyarakat kami dan mengganggu urusan kami. Kata-katanya seperti sihir. Boleh memisahkan antara ayah dan anaknya. Memecah-belahkan sesama saudara-mara, suami dengan isteri. Kami bimbang kalau-kalau dia dapat mempengaruhimu dan kaummu seperti yang berlaku kepada kami. Jangan bercakap dengannya dan jangan mendengar cakapnya walau sedikit.”
Tufail mengikut sahaja kata-kata mereka.
Tufail menceritakan: “Demi Allah mereka terus menerus memperingatkanku dengan perkara itu sehingga aku mengambil keputusan tidak mahu mendengar dan bercakap dengannya. Bahkan aku menyediakan kapas penyumbat telinga supaya cakap-cakapnya tidak sampai kepadaku".
Sehinggalah suatu hari itu, apabila Tufail pergi ke masjid tiba-tiba beliau lihat Rasulullah bersembahyang di sisi Kaabah. Tufail berdiri berhampiran dengan Baginda. Dengan kuasa Allah Tufail mendengar sebahagian dari kata-kata Rasulullah.
Kata Tufail: "Aku mendengarnya dan aku dapati kata-kata yg baik. Aku pun berfikir sendiri, alangkah tidak baiknya kalau aku tidak membuat pertimbangan sendiri. Aku seorang penyair, aku boleh menilai baik dan buruk. Apakah yang menghalangku untuk mendengar dari lelaki ini apa yang diucap olehnya. Kalau baik, aku menerimanya dan kalau buruk aku menolaknya."
Lalu Tufail mengikut lelaki itu beredar pulang ke rumahnya dan masuk menemuinya. Tufail ceritakan kisah kedatangannya dan amaran penduduk Mekah. Tufail meminta Rasulullah menerangkan ajaran yang dibawa Rasulullah kepadanya. Rasulullah menerangkan tentang Islam dan membaca Al Quran.
Kata Tufail lagi, "Maka demi Allah, aku tidak pernah mendengar kata-kata yg lebih baik darinya serta perkara yg lebih adil darinya. Aku terus menganut Islam dan mengikrarkan syahadah yg sebenar.”
Tufail pulang ke Yaman dan menyeru kaumnya kepada Islam termasuk bapanya dan isterinya dan ahli qabilah Ad Dausi. Dengan kuasa Allah, keluarga Tufail dapat menerima Islam yang diajarkan beliau. Namun sayang kerana hanya keluarga beliau sahaja yang menerima Islam tetapi tidak masyarakat Ad Dausi. Walaupun Tufail berpengaruh dalam masyarakatnya, beliau gagal mengislamkn mereka. Ini ujian dari Allah untuk Tufail. Beliau sedih dan kembali berjumpa
Rasulullah. Tufail menceritakan kepada Rasulullah tentang masyarakat Ad-Dausi dan memohon agar turunkan bala kepada masyarakatnya yang degil tidak mahu menerima Islam. Tapi Rasulullah sebaliknya berdoa akan kebaikan kepada masyarakat Ad-Dausi. Rasulullah menyuruh Tufail pulang dan terus menyampaikan ajaran Islam. Dan Alhamdulillah ramai masyarakat Ad-Dausi menerima Islam selepas itu.
Itulah serba sedikit yang dapat saya sampaikan pada kali ini. Sebenarnya cerita sahabat ini masih panjang lebar untuk diuraikan tetapi di ruangan ini saya rasa setakat itu dulu. Maklumlah manusia itu mudah jemu, jadi kalau saya cerita panjang-panjang akan ada yang tertido nanti.
Saya rasa setakat itu saja untuk kali ini, yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri atas izin Allah juga. Assalamualaikum w.b.t.
Senyum selalu :)
Sunday, 2 March 2014
Sajak Tiada Bernama
Assalamualikum w.b.t. Moga para pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera begitu juga dengan insan-insan yang tersayang.
Dalam kehidupan ini kita sering lupa dan terlalai dengan bisikan-bisikan dunia yang mengkhayalkan. Sehingga kita tidak sedar bahawa hati kita sudah diisi dengan perasaan cinta terhadap dunia yang melampau-lampau. Sedikit demi sedikit, hari demi hari hati kita dititiskan dengan arak racun yang mengkhayalakan. Sebetulnya kita masih belum menyelami hati kita sendiri dan semestinya kita masih belum betul-betul sedar bahawa jauh dilubuk hati kita letaknya kecintaan terhadap dunia yang sukar dikikis. Moga-moga kita menjadi orang yang sedar.
Harapnya sajak ini dapat memberi manfaat kepada kehidupan kita dan dapat mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Saya rasa setakat itu saja untuk kali ini, yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri. Assalamualaikum w.b.t.
Senyum selalu :)
Saturday, 1 March 2014
Sajak Ketuhanan
Assalamualaikum, moga2 para pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera dan begitu juga dengan ahli keluarga. Berdasarkan sajak yang ditulis sudah jelas, saya ini bukanlah orang yang mahir. Saya hanya seorang yang baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan kreatif dan masih terkapai-kapai dalam menuntut ilmu. Kalau ada salah silap, harap2 para pembaca dapat memberi tunjuk ajar dan juga teguran menerusi saluran-saluran yang sedia ada.
Sebenarnya, saya rasa takut juga untuk berkongsi sajak ini kerana takut dikatakan "Mat Jiwang". Jadi, kepada para pembaca, JANGAN panggil saya "MAT JIWANG"....... INI AMARAN :)
Walauapapun ini hanyalah perkongsiaan, moga2 sajak ini dapat memberi manfaat kepada kehidupan kita dan dapat mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Saya rasa setakat itu saja untuk kali ini, yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri. Assalamualaikum.
Subscribe to:
Posts (Atom)