Friday, 11 April 2014

Di Langit yang Berdiri



Assalamualikum w.b.t. Moga para pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera begitu juga dengan orang di sekeliling.

Alhamdulillah hari ni saya diberi masa yang lebih dan ada masa nak letak sajak yang baru ditulis. Mudah-mudahan sajak dan post saya kali ini dapat memberi manafaat kepada kita semua. Kalau tak banyak manfaatnya, sikit pun jadilah.

Di dalam surah Al-Furqan ayat 61dan 62, Allah berfirman:

Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan bintang-bintang dan Dia juga menjadikan padanya matahari dan bulan yang bersinar. (Al-Furqan 61)

Dan Dia juga yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau yang ingin bersyukur. (Al-Furqan 62)

Jadi berdasarkan kedua-dua ayat ini saya mendapat ilham untuk menulis sajak ini untuk dijadikan tanda penghormatan kepada Nabi Musa a.s, Nabi Muhammad s.a.w, dan juga kepada Imam As-Syafei yang dihormati. Selain itu sajak ini juga berasaskan tanda-tanda kelahiran Mereka yang disanjung.

Waktu kelahiran Nabi Musa a.s Firaun menguatkuasakan undang-undang supaya setiap bayi lelaki yang dilahirkan terus dibunuh. Tindakan itu diambil kerana dia sudah terpengaruh dengan ahli nujum yang mentafsirkan mimpinya. Firaun bermimpi Mesir terbakar dan penduduknya mati, melainkan kalangan Kaum Israel, sedangkan ahli nujum mengatakan kuasa negara itu akan jatuh ke tangan lelaki Kaum Israel. Disebabkan khuatir, dia memerintahkan setiap rumah digeledah dan jika terdapat bayi lelaki maka bay tersebut perlu dibunuh. Peristiwa ini merupakan sumber rujukan saya untuk menulis rangkap yang ketiga.

Untuk rangkap yang keempat pula saya mengambil kisah tanda-tanda kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Pada suatu malam, ketika Aminah masih mengandungkan Nabi dia bermimpi melihat bulan keluar dari perutnya. Kemudian bulan itu tawaf mengelilingi Kaabah. Jadi sumber ini saya jadikan asas untuk menulis rangkap yang berkenaan Nabi Muhammad s.a.w.

Pada rangkap yang terakhir, saya teringat akan kisah Ummu Habibah al-Uzdiyyah yakni ibu kepada Imam As-Syafei bermimpi melihat sebutir bintang keluar dari perutnya lalu naik ke langit. Kemudian bintang itu pecah lalu bertaburan jatuh ke bumi oleh sebab itu cahaya daripada bintang itu menjadikan muka bumi ini terang benderang. Keesokan harinya, Idris bin al-Abbas bin Uthman yakni bapa kepada Imam As-Syafei turut memberitahu bahawa dia juga mengalami mimpi yang hampir serupa. Idris berkata dia brmimpi melihat sebutir bintang putih berkilauan keluar dari perut isterinya lalu naik ke angkasa. Kemudian bintang itu jatuh ke bumi dan cahayanya menerangi segenap muka bumi. Melalui peristiwa inilah saya mendapat ilham untuk menulis.

 Itulah serba sedikit yang dapat saya sampaikan pada kali ini malam pun dah lewat jadi saya nak berehat pulak. Saya rasa setakat itu saja untuk kali ini, yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri atas izin Allah juga. Assalamualaikum w.b.t.



Senyum selalu :)


No comments: