Wednesday 21 May 2014

Cahaya Khidir A.S



Assalamualikum w.b.t. Moga para pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera begitu juga dengan insan-insan yang tersayang. Ayah, ibu, abang, kakak, adik, isteri, suami.... senang cakap semua sekali lah, harap-harap hidup dan mati kita diredhai oleh Allah S.W.T.

Alhamdulillah, hari saya ada masa untuk letak post baru setelah agak lama BERHENTI sebab sibuk dengan komitmen-komitmen yang lain. Baik... untuk hari ni saya nak bercerita sedikit tetang kisah Nabi Khidir A.S yang sememangnya terkenal kisahnya bersama dengan Nabi Musa A.S.

Cerita kedua-dua nabi ini disebutkan didalam Surah Al-Kahfi dari ayat 60-82 (Boleh Rujuk Sekarang), dan akhirnya mereka berdua dipertemukan di suatu tempat yang bertemunya dua lautan. Perjalanan yang ditempuh oleh Nabi Musa A.S dan anak murid yang paling dipercayainya, bernama Yusya' bin Nun bukanlah perjalanan yang mudah kerana banyak dugaan yang ditempuh. Disini dipaparkan ketekunan Nabi Musa A.S dalam mencari ilmu malah ada yang mengatakan pencarian Nabi Musa itu mencapai 80 tahun (Kitab Ibrathul lil Mukminin m/s 737).

Sebenarnya masih banyak dan panjang cerita tentang Nabi Khidir dan saya tak mampu menceritakan semuanya di sini dan hari ni, jadi saya rasa saya nak menyampaikan hadis dan kelebihan Nabi Khidir terlebih dahulu.

Nama Dan Kelebihan Nabi Khidir AS

Sesetengah orang memanggilnya Khadir, al-Khadir atau al-Khidir. Ini hanyalah satu gelaran yang sering disebut orang dan diidentitikan dengan nama Allah SWT yang menyerupai malaikat.

Ibnu Asakir dan sahabat-sahabatnya meriwayatkan dari Mujahid, bahawa beliau digelar dengan "Khidir" kerana perubahan warna di sekitarnya menjadi kehijauan apabila beliau solat di suatu tempat.

Sahabat Nabi Muhammad SAW, Ikrimah RA, meriwayatkan sama dengan Ibnu Abi Hatim. Ikrimah berkata."Dia digelar Khidir, kerana apabila beliau duduk di suatu tempat maka cahaya di sekitar tempat itu berubah menjadi kehijauan. Mungkin kerana pakaiannya yang bewarna hijau."

As-Sayyid berkata: " Apabila Nabi Khidir berdiri di atas tanah yang gersang di mana kakinya berpijak maka akan ditumbuhi dengan rumput sehingga menutupi kedua tapak kakinya. Itu terjadi kerana kebaikan peribadinya."

Penjelasan tersebut juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah SAW bahawa jika Khidir duduk di atas tumpukan jerami yang telah kering maka jerami tersebut akan menjadi hijau kembali. (Rujuk Fath al-Baari, juzuk 6, m/s 30)

Imam Bukhari menceritakan, Muhammad bin Sa'id Al-Ishbahani memberitahhu kami, Ibnu Mubarak memberitahu kami, daripada Mu'amar, daripada Hammam, daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah SAW baginda bersabda," Diberi nama Khidir kerana dia duduk di atas bulu binatang yang bewarna putih, tiba-tiba bulu itu bergerak-gerak dari belakangnya dengan warna khadra' (hijau)."
Hadis ini diriwayatkan sendiri oleh Imam Bukhari yang juga diriwayatkan oleh Abdul Razak daripada Mu'ammar. (Rujuk Kitab Ibrathul lil Mukminin m/s 733).

Seterusnya Abdul Razak mengatakan, kata farwah bererti rumput bewarna putih. Al-Khuthabi mengemukakan, Abu Umar mengatakan, "Farwah bererti tanah yang tidak tumbuh padanya tumbuh-tumbuhan."

Al-Khuthabi mengatakan, "Diberi nama Khidir, kerana ketampanan dan kecerahan wajahnya."

Itulah serba sedikit yang dapat saya sampaikan pada kali ini. Sebenarnya nak cerita lagi tapi kalau panjang berjela orang malas nak baca pulak. Maklumlah manusia itu mudah jemu, jadi kalau saya cerita panjang-panjang akan ada yang terlepas belajar benda baru.

 Saya rasa setakat itu saja untuk kali ini, yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri atas izin Allah juga. Assalamualaikum w.b.t.

No comments: