Tuesday, 15 April 2014

Titisan Tinta


Assalamualikum w.b.t. Moga para pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera begitu juga dengan orang di sekeliling.

Alhamdulillah hari ini saya diberikan kesempatan untuk menulis kerana adanya masa dan ruang. Hari ini saya ingin menceritakan kisah seorang lagi sahabat Nabi Muhammad s.a.w.

SALAH seorang daripada tiga penyair Rasulullah SAW adalah Abu Abdillah atau nama lengkapnya Kaâb bin Malik bin Amr bin Qain Al-Anshari As-Salami Al-Khazraji. Beliau termasuk salah seorang penyair terkemuka Rasulullah SAW.

Mengenai syairnya, Rasulullah SAW pernah mengatakan kepada Kaâb: Kamu benar-benar memiliki syair yang sangat bagus, dan Sungguh syairmu ini lebih dahsyat daripada tikaman anak panah.

Tatkala turunnya firman Allah SWT dalam surah Al-Syuâra, ayat 224 yang bermaksud: Dan ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat- tidak berketentuan hala. Menyedari akan perkara itu, maka Kaâb dengan segera menemui Rasulullah SAW dan bertekad untuk berhenti melantunkan syair kerana takut akan kesalahan syairnya mengenai kebenaran sirah Rasulullah SAW.

Lalu Rasulullah SAW mengatakan kepadanya: Seorang mukmin itu dapat berjuang dengan pedang dan lisannya.

Turunnya firman Allah SWT (Al-Syuâra ayat 224) ini adalah kerana menerangkan perbezaan di antara Rasulullah SAW yang benar serta mendapat wahi Allah SWT dan ayat-ayat sambungan daripada surah tersebut bahawa al-Quran bukanlah syair dan Baginda yang menyampaikan bukanlah sebagai seorang penyair sebagaimana dituduh oleh kaum kafir musyrik kerana lazimnya penyair-penyair tidak berasaskan kebenaran dan mereka menjadi ikutan bagi orang-orang yang sesat.

Walau bagaimanapun, pada ayat 227 surah Al-Syuâra menerangkan bahawa bukan semua syair dan ahli-ahli penyair itu keji, bahkan ada di antaranya yang terpuji dan diredai Allah SWT iaitu syair-syair yang dicipta oleh penyair yang beriman dan bertakwa serta berdasarkan kebenaran Rasulullah SAW, kebenaran Islam dan hidayah petunjuk-Nya sebagaimana penyair-penyair Islam di zaman Rasulullah SAW.

Antara yang pernah mendengar syair Kaab bin Malik adalah Ibnu Sirin yang mengatakan; Aku pernah mendengar berita bahawa kabilah Dus masuk Islam kerana takut dengan ucapan Kaab dalam bait syairnya yang berbunyi: Kami telah membinasakan penduduk Tahamah dan Khaibar. Kemudian kami kumpulkan semua pedang (senjata) milik mereka.

Kami bertanya kepada pedang-pedang itu, seandainya pedang-pedang itu dapat berbicara, maka mereka menjawab akan menebas leher orang-orang Dus dan Tsaqif.

Semasa perang Uhud, Kaâb bin Malik mengenakan perisai milik Rasulullah SAW yang berwarna kuning. Kaâb bin Malik terkena sebelas luka sewaktu mempertahankan Islam.

Kaab bin Malik juga pernah mengikuti perjanjian Baâit Aqabah II bersama orang-orang Ansar dan Rasulullah SAW mempersaudarakannya dengan Thalhah bin Abdullah.

Itulah serba sedikit yang dapat saya sampaikan pada kali ini. Saya rasa setakat itu saja yang baik datang dari Allah dan yang kurang baik datang dari kekhilafan diri saya sendiri atas izin Allah juga. Assalamualaikum w.b.t.

No comments: