Dengan kata-kata yang sama dalam setiap post, saya mulakan dengan ucapan Assalamualikum w.b.t. Moga si pembaca berada dalam keadaan sihat sejahtera begitu juga dengan insan-insan yang tersayang. Harap-harap hidup kita akan lebih bermakna dengan ilmu yang kita timba setiap tika kita hidup di dunia ini.
Hari ni saya rasa lebih selesa untuk berkongsi dengan anda tentang pengalaman yang mencetuskan idea untuk menulis sajak ni.
Terus kepada topik.
Apabila seseorang itu menipu, dia sedar yang hati kecilnya berteriak mengatakan "aku menipu", "kau menipu" dan seumpamanya. Tetapi mengapa individu tersebut tekad untuk terus mengatakan yang tidak benar. Kenapa? Bukankah di penghujung nanti, rasa bersalah akan menyelubungi hati kita? Saya fikir adalah lebih baik mengatakan yang benar jika dibandingkan dengan sifat kepura-puraan kita yang kononnya ingin menjaga hati dan menunjukkan kita ini orang yang bercakap benar, padahal tidak. Sangat memalukan jika di fikirkan kembali.
Lidah kita boleh terus menipu tetapi gerak badan dan hati kita akan tetap mengatakan yang benar. Kadang-kadang saya berasa seronok apabila berbual dengan seseorang yang berbohong pada saya dan pada masa yang sama saya berpura-pura tidak tahu. Niat saya bukanlah mengadili insan tersebut, saya tak layak pun mengadili orang lain. Tetapi saya memberinya ruang untuk membuat pilihan samada ingin terus menipu atau berterus terang sahaja. Semuanya terletak pada insan itu sendiri untuk membuat pilihan.
Jadi ....pilihan di tangan kita UNTUK MEMILIH...
Setakat itu saja untuk kali ini, yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri atas izin Allah juga. Assalamualaikum w.b.t. (moga ilmu yang sedikit ini dapat membawa manfaat.)
No comments:
Post a Comment